Blogger Backgrounds

" SELAMAT DATANG...Ke Blog ku...,!"

"Hai..mari bersama berkongsi dan mengayakan minda... , "

Khamis, 19 Mei 2011

DOA - Sebagai Rawatan Utama Penyakit .

         Doa Menghindari Pelbagai Penyakit - (masakini, masyarakat dan sebagainya)  
   
        Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman, tiang agama, sinar langit dan bumi."

Hubungan doa seseorang dengan musibah yang menimpanya ada 3 kategori:
  1. Jika doa itu lebih kuat daripada musibah, maka doa itu dapat menolaknya.
  2. Jika doanya lemah dibandingkan dengan musibah, maka seseorang itu terus ditimpa musibah tetapi doanya itu dapat meringankan sedikit musibah nya.
  3. Jika kedua-duanya sama kuat, maka masng-masng akan menolak antara satu sama lain. Hadis drp Aisyah ra., Rasulullah s.a.w bersabda:

KEHIDUPAN YANG BAHAGIA DAN DIRINDUI...

     Kebahagian...adalah merasa aman dan tenang dalam diri, seumpama air yang tenang di kali. Bayangkan...hidup ini begitu nyaman dan indah seperti air di kolam yang tenang dan jernih, dibelai bayu lembut, dikelilingi rumpun rumput yang subur... dan bunga-bungaan kecil yang segar mengembangkan aroma baunya...tentunya terasa segar dan ketenangan itu mengalir ke dalam diri..Dan apabila kita memandang ke hadapan, rasa aman ini meliputi masa hadapan kita, keluarga, bangsa dan agama. Semua ini..sebenarnya terhimpun dalam keimanan diri yang teguh, redha terhadap qadha dan qadharNya disertai sikap qana'ah (berlapang dada) dan sabar.
               Satu Kenikmatan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang (yang diberi akal) ialah nikmat beragama, khasnya bagi orang-orang muslim. Orang muslim atau Islam seharusnya bersyukur terhadap nikmat hidayah yang diberikan Allah S.W.T. sepertimana firmanNya di dalam surah Al-Hujurat,ayat 17:
                                  ".....sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan..."
Ingatlah bahawa kita juga seorang muslim yang beriman kepada Allah, utusanNya, dan hari akhirat serta menjalankan semua yang di fardhukan, yang merupakan nikmat amalan serta balasan pahala yang tiada terjual belinya. Bahkan..sebahagian ahli tafsir menyatakan salah satu nikmat penduduk syurga ialah kemampuan mereka melihat ahli neraka, sehingga mereka bersyukur atas nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang diberikan Allah itu.

            Sesungguhnya.., manusia itu menderita jiwanya dan sentiasa mencari kebenaran dari dalam dirinya..kerana tidak memahami fitrah Islam dan belum mendapat petunjuk (hidayah) untuk sampai kepadanya. FirmanNya:dalam surah Ali 'Imran,ayat 85:

                    " Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah diterima (agama itu)darinya...."
           Manusia itu..sentiasa berada dalam kebingungan dan kebosanan hidup yang total dan sangat memerlukan agama yang agung ini agar dapat menikmati rasa aman, kedamaian dan ketenangan daripada agama wahyu ini yang terpelihara kitabNya hingga kiamat nanti.

                               KISAH BENAR

 Terdapat ..seorang pendakwah muslim yang sangat terkenal, di kota Munich , Jerman. Di pintu masuk kota itu terdapat sebuah papan iklan besar yang memuatkan perkataan dlm bahasa Jerman yang bererti:
            " Anda belum mengetahui indahnya Yokohama!",  kemudian beliau meletakkan sebuah papan iklan yang besar disebelah papan tadi yang tertulis: " Anda belum mengetahui Islam, jika anda ingin mengetahuinya.., maka hubungilah kami di nombor telefon ini!"
   Maka  berderinglah telefon dari pelbagai daerah dan wilayah di Jerman. Genap setahun terdapat hampir seratus ribu orang yang memeluk agama Islam melalui pendakwah tersebut. Kemudian beliau mendirikan masjid, Islamic Centre dan Lembaga Pendidikan Islam .