Blogger Backgrounds

" SELAMAT DATANG...Ke Blog ku...,!"

"Hai..mari bersama berkongsi dan mengayakan minda... , "

Rabu, 26 Oktober 2011

Orang Yang Beruntung Dan Bijak

Apabila melihat dunia dan isinya, jangan dilihat apa yg kita tiada lalu dicemburui tetapi lihat kpd apa yg kita punyai, syukurilah & teruskan usaha penuh redha. Namun, apabila melihat kpd agama & amalan akhirat, lihatlah kpd yg lebih baik dari kita, cemburuilah dgn berusaha mengikutinya & jangan sesekali redha & rasa cukup dgn amalan yg kita punyai. Dgn itu, kita tiada akan letih & lesu mengejar dunia yg pendek tempoh nikmatnya, biar kita sehingga lesu menyiapkan barzakh & akhirat yg terlalu panjang tempohnya kelak.

Selasa, 25 Oktober 2011

Perbelanjaan Orang Kayangan...cepatnya muflis gitu..

Laporan Audit Negara kerajaan negeri Selangor,Pul...au Pinang & Kelantan prestasi teruk ditadbir Pakatan Rakyat..

Yang tak masuk berita tv3 plak -

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Nak lagi?....Nah...

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Orang sekarang dah cerdik laa wahai TV3.. Kamu hentam Kerajaan Selangor padahal peningkatan kutipan zakat berbanding negeri lain Selangor adalah yang tebanyak.. Kerajaan Pulau Pinang memberi pulangan kepada rakyat warga emas hasil lebihan dari MPSP & MPPP..

Kenapa tak hentam Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Perlis? Perfect sangat kaa negeri ni punya pentadbiran? Tiada perselisihan kewangan?? tv3 suku nak butakan mata pekakkan telinga rakyat?

KAMI TAK BODOH lah.. Orang yang takda kemudahan internet.. Bolehlah kamu bodohkan...

Rujukan :

http://www.malaysiakini.com/news/179626

http://www.malaysiakini.com/news/179621

http://www.malaysiakini.com/news/179607

http://www.malaysiakini.com/news/179633

http://www.malaysiakini.com/news/179620

http://www.malaysiakini.com/news/179594

http://www.malaysiakini.com/news/179555

http://www.malaysiakini.com/news/179527Lihat seterusnya..
Oleh: Kami Boikot Buletin Utama TV3..

KEMEGAHAN BANGSA MELAYU (MALAYA)

TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA BERWACANA



TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA BERWACANA

Awang Sariyan
(Inti sari Syarahan Sarjana Pelawat ATMA,Univerisiti Kebangsaan Malaysia, pada 20 Julai 2010 di Bilik Majlis UKM)

LANDASAN BICARA

Keperluan mengkaji tamadun lain dan usaha menjalin persefahaman antara tamadun berkaitan rapat dengan hakikat kejadian manusia yang diciptakan Allah berbangsa-bangsa untuk saling mengenal (al-Hujurat: 13). Erti ‘saling mengenal’ tidak terbatas pada usaha mengenal sifat-sifat asas bangsa dan tamadun lain semata-mata, sebaliknya turut mencakup maksud saling memanfaatkan segi-segi kekuatan bangsa dan tamadun lain, baik dalam soal ilmu, teknologi, ekonomi, budaya dan yang lain. Sisi lain yang penting daripada kerjasama ketamadunan antara pelbagai bangsa ialah pembinaan sikap saling menghormati dan bertolak ansur demi keharmonian sejagat dan terelaknya tindakan mengenakan hegemoni oleh mana-mana bangsa terhadap bangsa lain.

Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

1. Sumber sejarah China terawal mencatat hubungan China dengan alam Melayu dalam zaman Dinasti Han sebelum tahun Masihi lagi. Han Shu – Di Li Zhi atau Kepustakaan Dinasti Han – Catatan Geografi memerikan pelayaran utusan Maharaja Wu Di (140 S.M – 87 S.M) ke India yang melalui Semenanjung Tanah Melayu dan sambil itu melakukan perniagaan barter dengan negeri-negeri di Asia Tenggara dan Asia Selatan (Liang Liji, 1996: 13-15).

2. Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7 (Liang Liji, 1996: 25-26).

3. Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15. Hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam hubungan politik antara dua kuasa besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan.

4. Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China) (Liang Liji, 1996: 42).

5. Liang Liji (1996) merumuskan tiga perkara penting yang menjadi natijah interaksi dan hubungan antara dua tamadun besar itu:

 Terjalinnya hubungan persahabatan yang saling menghormati, saling memahami dan saling menghargai sehingga tidak berlaku perselisihan dan pertikaian yang dapat menjejaskan hubungan persahabatan dua bangsa itu.

 Wujudnya sikap yang sama dalam memupuk perdamaian dan keadilan, dengan menolak kekerasan dan perseteruan. Hal ini berbeda sama sekali dengan kedatangan armada bangsa Barat yang membawa niat dan misi penjajahan.

 Wujudnya kerjasama ekonomi dalam bentuk perdagangan dua hala melalui tiga sistem pada zaman itu, iaitu perdagangan antara raja (dalam bentuk persembahan ufti dan balasan anugerah pelbagai barang berharga), perdagangan antara kerajaan berdasarkan kontrak penjualan barangan tertentu hanya kepada Kerajaan China dengan harga yang menguntungkan Melaka, dan perdagangan awam dalam kalangan masyarakat umum.

6. Manfaat lain yang tidak kurang pentingnya ialah pengaruh dan peluasan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Melayu. Dalam zaman Sriwijaya memang telah ada perhatian pendeta Buddha China dalam mempelajari bahasa Melayu kuno; dalam dalam zaman Kesultanan Melayu pula bahasa Melayu dipelajari dan digunakan untuk urusan perdagangan dan kehidupan oleh orang China daripada golongan lain juga, khususnya pedagang.

7. Yang penting juga ialah adanya “perhatian diraja” pada pihak Dinasti Ming dengan penubuhan jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) untuk memenuhi kepentingan dan keperluan hubungan luar. Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka dan seorang untuk Sumatera.

8. Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405 Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain). Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan.

9. Pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang merentas tamadun turut menggerakkan usaha menyusun kamus dwibahasa yang penting untuk kegunaan pedagang dan orang China lainnya dalam interaksi di alam Melayu. Kamus China-Melayu disusun untuk keperluan Kerajaan China dalam Dinasti Ming dalam menjalin hubungan dengan Melaka dan hingga akhir abad ke-16 kamus itu masih menjadi rujukan, termasuk dalam penyusunan buku sejarah China.

10. Man La Jia Guo Yi Yu atau Senarai Perkataan Negeri Melaka meliputi kosa kata dari zaman awal bermulanya hubungan Dinasti Ming dengan Kerajaan Melaka, iaitu pada tahun 1403 hingga tahun jatuhnya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Kamus itu terdiri daripada 482 entri kosa kata China yang dianggap penting dan dikategorikan kepada 17 bidang (astronomi, geografi, musim dan masa, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, peri kelakuan, tubuh badan, barang emas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, dan kata umum. Setiap entri diberi padanan bahasa Melayunya dengan tulisan China.

11. Hubungan Melayu-China yang kurang aktif disebabkan masalah dalaman kerajaan China dan penjajahan Barat di alam Melayu terjalin semula dalam abad 18/19, tetapi dengan pola yang jauh berbeda, kerana kedatangan orang Cina bukan diutus oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan diupayakan oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan.

12. Sejarah, akhirnya, memberikan acuan kepada pola demografi dan sistem kemasyarakatan di Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, apabila orang Cina dan orang India yang bermastautin diberi taraf kerakyatan pada waktu Persekutan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kini orang Cina merupakan kira-kira 25 peratus daripada penduduk Malaysia, dan mereka turut mewarnai kepelbagaian kebudayaan di Malaysia melalui cara hidup dalam bidang kesenian, perayaan, makanan, busana, sistem kepercayaan dan yang lain.

13. Sinar baharu dalam hubungan antara alam Melayu dengan Republik Rakyat China muncul pada tahun 1970-an apabila timbul rasa saling memerlukan untuk menjalin hubungan diplomatik bagi kepentingan bersama. Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, iaitu pada tahun 1974. Hubungan yang pada mulanya lebih tertumpu pada bidang ekonomi, khusunya perdagangan dua hala, beransur-ansur melebar dalam bidang-bidang lain, seperti pelancongan, pendidikan dan kebudayaan

14. Sejak tahun 1946 bahasa Melayu varian Indonesia telah diajarkan di Institut Bahasa-bahasa Asing di Kota Nanjing dan dipindahkan ke Beijing pada tahun 1949 apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Hingga kini jurusan bahasa atau pengajian Indonesia masih menjadi salah satu fokus pengajian di Universiti Peking dan pada tahun 1961 menjadi salah satu bahasa asing yang diajarkan di Universiti Pengajian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University, atau singkatannya BFSU), sementara di Universiti Pengajian Asing dan Perdagangan Luar Guangdong di Guangzhou pula pada tahun 1970 (Zhao Yue Zhen, 1970).

15. Pada tahun 1961 juga BFSU mula menawarkan kursus bahasa Melayu varian Tanah Melayu dengan Prof. Wu Zong Yu sebagai tenaga perintisnya. Pada tahun 1998 bahasa Melayu mula diajarkan di Institut Bahasa Asing Luoyang dan pada tahun 2001 di Institut Penyiaran Radio Beijing (kini Universiti Komunikasi China). Pada permulaan tahun akademik 2008-2009 pula, iaitu dalam bulan September 2008, Universiti Bangsa-bangsa Peribumi Guangxi (Guangxi University for Nationalities) pula mula menawarkan kursus bahasa Melayu varian Malaysia, sebagai tambahan bagi jurusan bahasa Indonesia yang sedia diajarkan di situ.

16. Pada 20 Jun 1997, ditubuhkan Pusat Pengajaran Bahasa Melayu di BFSU sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Rakyat China, khususnya untuk pengajaran bahasa Melayu di negara China. Pada 1 September 2005 pula ditubuhkan Pusat Pengajian Melayu China, dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebagai pangkalan pengembangan pengajian Melayu di RRC.

18.Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada program pengajian Melayu, Pusat Pengajian Melayu China secara rasminya menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan pengajian Melayu di Republik Rakyat China, dan turut membantu penubuhan Program Bahasa/Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi yang lain di seluruh negara. Pengarah Pusat Pengajian Melayu China ialah Prof. Wu Zong Yu yang memulakan program pengajaran bahasa Melayu di BFSU sejak tahun 1961 dan terus-menerus menjalin kerjasama dengan negara-negara di dunia Melayu.

19.Satu lagi detik bersejarah dalam hubungan ilmiah dan pendidikan antara dua buah negara ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-Republik Rakyat China yang merupakan jawatan ilmiah kehormat yang ditubuhkan bersama antara kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Rakyat China, sebagai pengiktirafan kepada peranan Beijing Foreign Studies University dalam menubuhkan dan mengembangkan program pengajian Melayu di Republik Rakyat China sejak tahun 1961. Penyandang pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China ialah Prof.Dr. Awang Sariyan, yang memulakan tugas pada awal tahun 2008.

20. Kursi ini antara lain berperanan memperkenalkan bidang-bidang baru dalam pengajian Melayu (bahasa, sastera, budaya dll), meningkatkan program ilmiah di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, melaksanakan penyelidikan dan penerbitan, menganjurkan seminar serta membantu penubuhan dan peneguhan program bahasa/pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi di Republik Rakyat China.

21. Perkembangan bahasa Melayu di RRC dalam bidang ilmiah hingga kini telah meliputi perkuliahan di enam buah universiti, iaitu Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Universiti Peking, Universiti Komunikasi China (CUC), Universiti Pengajian Asing Guandong, Universiti Bangsa-bangsa Guangxi dan Universiti Bangsa-bangsa Yunnan. Selain itu, bahasa Melayu turut diajarkan di Akademi Tentera di Louyang, provinsi Henan.

22. Dalam bidang penyiaran, Radio Antarabangsa China (CRI) mempunyai Bahagian Bahasa Melayu yang memaparkan hal ehwal China dan hubungannya dengan dunia luar dengan siaran berbahasa Melayu. Dengan sendirinya juga, CRI menjadi agen pengembangan bahasa dan budaya Melayu di RRC.

Cadangan Pelan Tindakan

1. Penyelidikan:

a. Hubungan antara Malaysia/alam Melayu dengan Cina dalam pelbagai aspek ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran, dari zaman dahulu hingga kini, terutama dengan berdasarkan sumber-sumber Cina dan Melayu sendiri.

Langkah: (i).Sumber-sumber Cina yang ada dalam tradisi istana dinasti-dinasti Cina itu dikumpulkan, diterjemahkan dan dibuat anotasinya, agar dapat diperoleh gambaran yang tuntas tentang sumber-sumber yang dapat dijadikan asas analisis.

(ii)Kemudian dipilih sumber-sumber yang primer untuk dijadikan asas analisis, dengan sokongan sumber-sumber sekunder. Hasil yang dapat dibayangkan ialah sebuah buku besar atau beberapa jilid yang memerikan hubungan ketamadunan Melayu-Cina dalam pelbagai ranah, secara kronologis dari zaman awal hingga zaman mutakhir.

b. Kajian sosiolinguistik dalam konteks persebaran bahasa Melayu di tanah besar Cina, dengan menyedari adanya komuniti yang menggunakan bahasa Melayu.

Yang paling menarik dan penting disegerakan ialah kajian bahasa dalam kalangan komuniti Cina yang lahir di alam Melayu, majoritinya di Indonesia, yang pindah atau lebih tepat pulang ke tanah lelulur mereka pada tahun 1950-an dan 1960-an, di beberapa provinsi seperti di Guangdong, Hainan, Fujian dan malahan di Beijing juga. Diberitakan bahawa mereka, khususnya kalangan yang berusia masih menggunakan bahasa Melayu varian Indonesia, dan malahan masih mengamalkan corak kehidupan di alam Melayu daripada segi makanan, busana, kesenian dan lain-lain. Kajian ini perlu disegerakan kerana generasi tua dalam komuniti itu kian berkurangan disebabkan faktor alamiah.

c. Aspek sosiolinguistik yang lain ialah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan komuniti Cina di RRC. Antaranya termasuklah:

(i) peniaga yang berinteraksi dengan pelancong dari alam Melayu, baik di kaki Tembok Besar China mahupun di gedung-gedung beli-belah.

(ii) kalangan tenaga pengajar dan pelajar warganegara RRC di jurusan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di beberapa institusi pengajian tinggi di Republik Rakyat China. Di Nanning, provinsi Guangxi, malah ada sekolah rendah yang mengajarkan bahasa Melayu/Indonesia beberapa jam seminggu.

(iii) karyawan di institusi lain seperti di Bahagian Bahasa Melayu dan Bahagian Bahasa Indonesia, China Radio International (CRI).

d. Perkembangan Islam di tanah besar Cina dan kaitannya dengan pengislaman di alam Melayu

Aspek ini penting juga dikaji oleh sebab ada teori yang menyebut peranan pendakwah dari Cina yang turut mengembangkan Islam di alam Melayu. Beberapa orang daripada Wali Songo yang terkenal sebagai ulamak dan pengembang Islam di Indonesia pernah dikaitkan dengan usaha dakwah dari Cina dan ada daripada kalangan mereka yang dikatakan berketurunan Cina.

Selain itu, pengaruh seni bina Cina kepada seni bina masjid di Melaka amat jelas dan hal ini pasti ada kaitannya juga dengan pengaruh pendakwah dari Cina. Apatah lagi Laksamana Zheng He yang menjadi utusan Maharaja Cina ke Melaka merupakan tokoh Islam. Isu adakah Laksamana Zheng He sekadar menjadi utursan Maharaja China, atau sebenarnya berperanan juga dalam dakwah Islam perlu dikaji.

e. Kajian-kajian perbandingan yang berkaitan dengan pelbagai aspek dalam tamadun Cina dan Islam, terutama yang berkaitan dengan Islam di alam Melayu.

Analisis pernah dilakukan, misalnya, oleh Jaffary Awang (2005) tentang perbandingan antara nilai dan amalan budaya niaga Cina dengan nilai dan budaya niaga dalam Islam dan analisis Nasruddin Yunos (2005) menyentuh aspek kerohanian dan kebendaan dalam budaya bekerja masyarakat Cina.

f. Kajian perbandingan falsafah dan pemikiran Cina dengan falsafah dan pemikiran Melayu.

Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya pernah mengadakan siri seminar perbandingan ketamadunan dan hasil seminar dan kajian yang telah dijalankan dapat menjadi titik tolak untuk diperdalam dan diperluas. Antara yang menarik dan penting termasuklah perbandingan Konfusionisme, yang menjadi salah satu asas tamadun Cina dalam hal pemikiran, dengan Islam yang yang menjadi tunjang tamadun Melayu.

g. Kajian perbandingan pelbagai aspek kebudayaan antara dua tamadun.

Antaranya: sistem nilai, kesantunan, lambang dan imej (objek alam, warna dll), kesenian (antaranya perbandingan wayang kulit Melayu dengan wayang kulit Cina), sastera (antaranya perbandingan antara pantun Melayu dengan puisi Cina yang menyerupai pantun), busana, permainan tradisi dan seni bina.

h. Kajian kontrastif tentang pelbagai aspek sistem bahasa Melayu dan bahasa Cina, seperti aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan peribahasa.

Kajian kontrastif aspek fonologi, morfologi dan sintaksis dapat membantu pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, khususnya bagi pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian perbandingan peribahasa pula lebih berkaitan dengan falsafah, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk peneguhan penguasaan bahasa, terutama dalam aspek dinamis bahasa seperti dalam pidato dan karangan.

2. Penerbitan

a. Kamus dwibahasa bahasa Melayu-bahasa Cina, terutama kamus pelajar, yang menekankan latar budaya yang sesuai dengan keperluan pelajar; kamus yang disusun dengan berasaskan konsep medan makna (kerana kamus seumpama itu dapat membantu pemahaman unsur budaya atau tamadun dengan lebih berkesan); kamus ungkapan (bukan sekadar peribahasa, tetapi meliputi aspek ungkapan yang lebih luas), kerana inilah aspek penggunaan bahasa yang paling mencabar bagi pelajar asing.

b. Kamus di talian (online dictionary) yang memberikan kemudahan kepada pelajar membuat rujukan segera dan entri serta maklumat kamus pun dapat senantiasa dikemaskinikan dari waktu ke waktu, berbanding dengan kamus bercetak yang memerlukan waktu yang panjang untuk memperoleh edisi semakannya.
c. Buku pedagogi bahasa untuk rujukan dan panduan pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar asing, secara bermodul. Yang berkaitan dengan buku pedagogi ialah buku tuntunan bahasa yang praktis untuk kegunaan pelajar dalam bentuk yang mesra pengguna (termasuk dalam bentuk komik dan aplikasi bahan tuntunan bahasa dalam realiti kehidupan), yang memperhitungkan latar budaya Melayu dan budaya setempat pelajar asing. Daripada segi bentuknya, buku bercetak memerlukan sokongan bahan terbitan elektronik seperti CD dan DVD.

d. Siri monograf kajian semasa yang memerikan aspek-aspek tertentu tamadun Melayu dan tamadun Cina untuk memupuk pemahaman dan persefahaman dalam kalangan pendukung dua tamadun itu. Dalam konteks ini, Kursi Pengajian Melayu di Pusat Pengajian Melayu China telah memulakan penerbitan siri tersebut. Siri itu dapat dimanfaatkan juga untuk memuat tesis dan disertasi yang dihasilkan oleh sarjana Melayu dan China tentang bidang pengajian Melayu (linguistik, sastera, budaya, sejarah, falsafah dll). Model yang dapat digunakan ialah siri penerbitan yang pada suatu waktu dahulu amat mengesankan, iaitu ILDEP (Indonesian Language for Development Project) yang diusahakan oleh Institut Antarabangsa Pengajian Asia Tenggara (IIAS) di Leiden, Belanda dengan kerjasama Pusat Bahasa Indonesia.

e. Portal atau laman web pengajian Melayu yang berpangkalan di Beijing untuk memuat berita, hasil kajian, penerbitan dan bahan-bahan tuntutan bahasa dll. Sebagai permulaan, Pusat Pengajian Melayu China telah bekerjasama dengan Bahagian Bahasa Melayu, Radio China Antarabangsa dalam pengisian blog yang disediakan oleh Laman Web CRI untuk Kursi Pengajian Melayu.


3. Kegiatan:

Contohnya pertandingan pidato dan penulisan wilayah Asia Timur, persidangan, seminar, kolokium dan siri kunjungan budaya ke lokasi-lokasi di tanah besar China, di alam Melayu dan lain-lain. Program pertukaran pelajar BFSU – UM yang bermula sejak tahun 2007 telah memperlihatkan kesan positif dalam konteks persefahaman antara tamadun melalui pengajian Melayu. Pelajar BFSU, di sisi memperoleh manfaat ilmu bahasa, sastera dan budaya Melayu sepanjang satu semester di Universiti Malaya turut menyertai program perambihan (homestay) di rumah keluarga Melayu, sambil melakukan penelitan dan menyediakan kajian. Pelajar Universiti Malaya pula selama sebulan setengah ditempatkan di BFSU untuk mempelajari bahasa Mandarin dan meninjau aspek-aspek kebudayaan masyarakat Cina di tanah leluhur sahabat-sahabat Cinanya di Malaysia.

4. Prasarana dan Jaringan Kerjasama:

1. Mengaktifkan semula Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 1997 dan telah mula digerakkan pada tahun 2000 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, tetapi malangnya terhenti sesudah tahun 2004 atas alasan yang tidak jelas kepada anggota-angota MABM yang mewakili benua dan wilayah. MABM, dalam tempoh empat tahun bergerak telah berhasil membentuk rangkaian kerjasama antara negara, wilayah dan benua, sama ada melalui peningkatan program pengajian Melayu/Indonesia di serata dunia, pertukaran pakar dalam bidang bahasa, sastera dan budaya, penjanaan projek kajian, penerbitan jurnal antarabangsa Melayu, siri seminar antarabangsa beserta kunjungan budaya, program perambihan (homestay) pelajar bahasa Melayu/Indonesia antarabangsa di alam Melayu dan beberapa program lain lagi.

2. Pelbagai pusat pengajian Melayu yang ada di seluruh dunia perlu mengadakan jaringan kerjasama yang lebih akrab dan padu, seperti melalui penganjuran projek kajian dan penerbitan bersama (yang dengan sendirinya dapat menghemat kos). Direktori Pengajian Melayu Sedunia perlu diusahakan supaya semua sarjana pengajian Melayu dapat dikenal pasti, baik daripada segi bidang kepakaran, cara perhubungan mahupun pengemaskinian data peribadi.

Isnin, 24 Oktober 2011

" BAHASA JIWA BANGSA BERDAULAT "

Kecaman Abdullah Munsyi kepada Orang yang Menghina Bahasa Sendiri


“Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?”

~Abdullah Munsyi, 1822~
Posted by Kembara Bahasa at 1:18 AM
Labels: bahasa, Cetusan Isu, Pendidikan 4 comments:
yusufjalli said...
Begitulah tuan, bodoh sombong bangsa kita.
Dan mendakwa, kita hanya akan maju jika menguasai bahasa Inggeris. Demikian, mahu pula bertindak terhadap sesiapa yang berani menentang beliau.
Moga Allah kuatkan hati kami. Amin.

p/s: mohon dikongsi bersama.
Terima kasih.

March 8, 2011 5:07 AM
aku-alam said...
Benar Prof..
Kita bangga bila mampu menguasai bahasa asing..
Akan tetapi tidak pula bertungkus lumus untuk mempelajari keindahan bahasa Melayu..
Bukankah warisan bangsa itu yang harus dipertahankan ?
Sangat mendukacitakan bila mengaku sebagai bangsa Melayu akan tetapi lebih selesa berbahasa asing biarpun dengan orang Melayu sendiri..
Mungkin dirasakan bahasa Melayu itu sendiri tidak mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa yang lainnya..

March 8, 2011 5:36 AM
ZULKIFLI said...
Salam, Prof,
1822 orang Melayu masih "belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya". 2011 masih juga begitu, malah semakin banyak yang memperenteng bahasanya sendiri walhal bahasa melambangkan bangsa.

March 8, 2011 4:52 PM
Kembara Bahasa said...
Sdr. Yusuf, Sofie dan Sdr. Zul,

Orang yang meremehkan warisan bangsanya sendiri, apatah lagi bahasa (kurniaan tertinggi Allah, di samping akal) ialah orang yang kufur nikmat dan azab Allah amat pedih kelak kepada orang yang kufur nikmat. Kalaulah orang yang bersikap demikian membaca Surah al-Rum, ayat 21, surah Ibrahim, ayat 4, surah Al-Rahman, ayat 1-4 dll., nescaya insaflah dia betapa bahasa (yang dikurniakan kepada setiap bangsa) perlu disyukuri dan dimajukan oleh bangsa berkenaan.

Tidak mustahil juga bahawa orang seperti itu mengalami penyakit rendah diri atau mungkin penyakit tiada rasa harga diri ("self-esteem", istilah Inggerisnya jika istilah Melayunya tidak difahami) sehingga begitu memuja milik bangsa lain (bukan sekadar memanfaatkannya sebagai nilai tambah).

Ahad, 23 Oktober 2011

INFO KESIHATAN - Perlu baca...

Artikel yang di post admin tentang coca-cola, banyak respon dari sahabat sekalian. Banyak juga perkara dan fakta-fakta yang diperbahasan. secara tidak lansung memberi pendedahan kepada admin dan para pembaca sekalian. Kali ini admin akan meletakkan artikel berkenaan soya. terdapat dua artikel yang admin mengharapkan rspon dari sahabat-sahabat, sejauh benar kesahihan artikel tersebut. ini artikelnya:



ANTARA KEBURUKAN SOYA:



1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??



Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.



Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)



Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially



dIAMBIL DARI ; http://annazanariah.blogspot.com/2010/10/soya-pun-ada-banyak-keburukan.html





DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.



Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:



■Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
■Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
■Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).



(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.



(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)





Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.



(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)



Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.





Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.



Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.



Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.





Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.



KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!





KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.



Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.



MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

RENUNGAN - Iman

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Keti...ka anda membukanya, syaitan mula curiga.
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar2 kan lah Wahai SaudaraKu~Lihat seterusnya..
Oleh: Ukhti Adawiyah

INFO - KESIHATAN AJAIB..

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Sabtu, 22 Oktober 2011

BIJAKSANA DAN SINI.. ;)

~ Demi Kesejahteraan Diri & Keluarga
Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beli...au perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.

Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?"
Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, "Ini kunci dan dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank."

Setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750,000. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu dan menyimpan Ferrari di dalam garaj.

Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, "Nah $5000, dan ini bunga $15.41." Pegawai bank dan presiden tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "Kami gembira dapat membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil Tuan. Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?"

Lelaki India itu ketawa terbahak-bahak, "Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ini hanya dengan $15.41?"

Inilah kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya, jelmaan Tony Fernandez di India. Beliau adalah tauke arak Kingfisher (United Breweries Group) dan syarikat penerbangan Kingfisher Airlines. Pemilik bersama pasukan F1 Force India dan pasukan liga India, Bangalore Royal Challengers, dan East Bengal FC.

P/s: Terjemahan dari nota Jeya Samuel. Pandai-pandailah tapis ilmu, yang baik jadi teladan, yang buruk bukan ikutan.



kredit: http://www.NurulAmir.com/

KEBENARAN ISLAM

SEDIKIT NASIHAT DARI SAMI (BATU CAVE) YANG BARU MEMELOK ISLAM
Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cav...e yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis ni menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

kredit: Husin, Muhammad Haris: Mr,

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tarian Sepi..

TARIAN SEPI

jiwa yang tersudut pada keheningan malam
menghitung gemintang
dan bulan yang bergeser bersembunyi di balik awan
angin malam terobos masuk ke beranda kamar
sekap raga dalam dingin malam, engkau datang seperti menari
Tarik hasrat lepaskan malu
hentakan tanganmu pada dinding dinding yang menggigil
ajak aku ke taman penuh bunga
menari sepanjang malam sampai embun menetes
lalu kaupun seperti menguap terbang tinggalkan diri
aku yang terpesona di rerumputan
basah..... dan dingin menjalari tubuh yang dibalut embun
wahai ...aku yang gila bayangmu
menari sampai pagi di antara gejolak sukma kerinduan
berputar dan menghentak sampai aku lupa.
inilah tarian jiwa Yang terpulas di taman tanpa bunga
terperangkap sepi semakin lama terpasung rindu,

Budi Syuhandi - Okt 11'

puisi - Di Matamu Ku Lihat Bulan

DIMATAMU..KU LIHAT BULAN...

ku lihat cinta..
berbinar dimatanya..

ku lihat suka..
tersungging di sudut bibirnya..
indah..

cahayanya cerlang..
gemilang..
gemerlapan riang..
bak si kunang-kunang ..
berterbangan kala malam..

ku lihat rindu..
berbaur satu ..
dimatamu ada bintang ..sayang

indah dan bergemerlapan..
percikan cahyanya..
terangi alammu..
yang selama ini kelam..
dan rawan..
kembalikan cahayamu
seindah ku kenali dulu..

PUISI

Aduz Junior

Tika senja menjamah waktu siangku,
aku masih terpaku sepi di tepi danau ini,
sang unggas bernyanyi riang melewatiku,
pulanglah ke gubukmu.

Aku...
hanya mampu mengeluh resah,
lemah namun ku cuba jua,
mengheret langkah longlai,
meniti di titian usang.

Pohon cemara menyapa mesra,
tabahkan lah hatimu wahai insan,
patahkan dahanku dan jadikan tongkatmu,
berjalanlah seperti insan lain.

Hidup ini.....
terasa semakin di himpit duka,
saban hari dihiris pedih,
kelmarin,semalam dan entah bila,
aku temui tawa yang hilang.

Perisik Rakyat®: Himpunan Sejuta Umat: Pergi Tazkirah Perdana Mente...

Perisik Rakyat®: Himpunan Sejuta Umat: Pergi Tazkirah Perdana Mente...: Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini , sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk ab...

Sketsa Lucu..murid sekarang.. :)

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seper...ti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

... Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…

Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

* Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.

Khamis, 20 Oktober 2011

10 PERKARA SEBOLEH2NYA YAHUDI TAK MAHU PENDUDUK DUNIA TAHU!!

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Waktu dan Kehidupan...

WAKTU adalah kehidupan manusia... ✔ Jika digunakan untuk MEMBACA... ✿ akan menjadi sumber KEBIJAKSANAAN... ✔ Jika digunakan untuk BERFIKIR... ✿ akan menjadi KEKUATAN... ✔ Jika digunakan untuk BERDOA... ✿ akan menjadi KEBERKAHAN DAN RAHMAT... ✔ Jika digunakan untuk BEKERJA... ✿ akan menjadi KEBERHASILAN... ✔ Jika digunakan untuk BERAMAL... ✿ akan menghantarnya MENUJU SYURGA... InsyaAllah..... ^_^..

TAZKIRAH - KEUTAMAAN HARI JUMAAT (Islam benar lagi membenarkan )

KEUTAMAAN HARI JUM’AT


Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana ter...dapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akhir saat-saat tersebut setelah Ashar"


[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT
Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Ahad, 16 Oktober 2011

Satu Platun Korea memeluk agama Islam

KOMANDAN & 37 PRAJURIT KORSEL MASUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Irak. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tsb, ia sering mengamati orang2 muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktekan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktekan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan2 sholat tsb kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktekan gerakan2 sholat tsb merasakan hal yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit2nya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya - untuk juga memeluk Islam. Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!Lihat seterusnya..
Oleh: Rahmatan Lil-Aalamiin..

Khamis, 13 Oktober 2011

PUISI PILIHAN - :" Kemuncak Cinta "

♥♥♥♥ KEMUNCAK CINTA♥♥♥♥

Ke kasih
di petang ini lembut sekali
Bayu menghembus lembut menyapa
... hadir kekasih sangat ku nanti
menghilang kan gelisah ku ini
bagai kan siang tanpa mentari
langit mendung setiap hari
penantian ini siksa sekali
gelombang gelora semakin kuat terjadi
ingin bertemu setiap hari

Ke Kasih..
di kala ini mesra sekali
ikatan janji kukuh sekali
bagai kan ia tersimpul mati
KEMUNCAK CINTA kita lalui
semakin terasa di hati
sering rindu merindui
perasaan ini indah terjadi
bagi yang mengalami pasti mengetahui
luar biasa cinta terjadi.......♥♥♥

Ke kasih
telah ku luahkan sepenuh hati
bicara ku ini jujur sekali
jangan kekasih bersedih hati
tetap setia menanti
walau di jemput illahi
di sana nanti
setia ku menunggu lagi
di atas dunia di akhirat
bagi ku tetap sama
biar bidadari cemburu kan
cinta kita
biar menjadi dayang kita
mengikut perintah apa dikata
kemuncak puncak cinta kita
manusia sering terlupa
ingin kan bidadari saja
bagiku sehidup semati
itulah yang di kata kan cinta
biar kekal di sana juga
ini lah di nama cinta kekal abadi
bagi yang mempelajari....♥♥♥

..........Baby........

♥♥♥ az@bm♥♥♥

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bila engkau letih & hilang semangat, Allah tahu engkau telah cuba sedaya upaya.

Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu, Bila engkau rasa ketinggalan & masa meniggalkanmu, Allah tetap bersamamu.

Bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan.....
...
Apabila engkau berazam maka BERTAWAKALLAH kpd Allah..

Ujian itu TARBIYAH , SABAR itu INDAH..

InsyaALLAH dgn KESABARAN akan dapat hasil yg BAEK ^^

PEDOMAN HIDUP

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini ALLAH tidak suka
Kalau tertidur lai...n cerita.

Jangan masuk ke bilik air tampa memakai alas Kaki [selipar]
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal
Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tampa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diseliputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menanggu taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik
Dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA.

WASSALAM

Rabu, 12 Oktober 2011

PUISI - Bunga Suci

Isma Insan Kerdil
siapa yang tidak tergoda
melihat halus budinya
siapa yang tidak tergoda
melihat lembut kata-kata
siapa yang tidak tergoda
... melihat indah mainan bahasanya
siapa tidak tergoda?

sekuntum bunga
mekar indah di antara bintang-bintang
bulan pun malu dengan pesonanya

moga-moga kekallah ABADI
terlindung dari panahan mata-mata liar
yang menyoroti langkahnya

bunga suci di taman ini...


Petikan Kelab Puisi Art'

Ahad, 9 Oktober 2011

Bajet 2012: BN terus abai anak muda

Bajet 2012: BN terus abai anak muda

Najib tak faham, kata presiden PAS

Najib tak faham, kata presiden PAS

CERITA SI PUNGGUK ....&... BULAN..

Nukilan Ilham Cipta
‎~Pungguk Menanti Jawapan Si Bulan~

pungguk setia merenung si bulan
tapi hatinya...... terkilan
walau bulan tinggi berkawan sang awan
tatkala bintang turut hadir teman mengerlipan

pungguk tetap menatap si bulan
menduga gerangan dalam keseorangan
bulan bersembunyi dan menghilang
tertawan dalam sang awan
pungguk kegelisahan diulit kerinduan

alam menyaksi memerhati seribu persoalan
malam keanehan membibit pertanyaan
pungguk, apa istimewanya si bulan?
bulan itu penuh berongga-ronggaan
bulan itu pantulan sinarnya hanya pinjaman
bulan itu hanya mainan lamunan
bulan itu datang tiada ketetapan

arakian..

pungguk melewati masa kekeluan
sambil merujuk si bulan
pungguk tetap mengukir senyum rawan
bicara pungguk tanpa desahan dan keluhan
pungguk tidak mahu belas kasihan
pungguk tidak mahu dendam balasan
cinta pungguk bukan hanya alasan
rindu pungguk bukan sebuah penantian
sayang pungguk keikhlasan dan keredhaan
pungguk dan si bulan
masing-masing ciptaan Tuhan

seluruh isi alam keharuan
kisah pungguk meminta hujan
biar tiada sesiapa rindukan bulan
walaupun si awan bersama ribuan titisan
cinta pungguk harus dijadikan teladan

malam berkelahi dalam kekalutan
saling bertegas dengan bantahan
saling berkeras dengan alasan
si bulan di kejauhan apakah harus pungguk lupakan
semuanya berpasangan ciptaan Tuhan
namun pungguk menuntut keadilan dan kesaksamaan
ayuh pungguk bangkitkan!
jangan lemas dalam berlamunan
jangan bertepuk sebelah tangan

pungguk dilema tersentap kerasukan
pungguk melontar sebuah persoalan
perlukah si bulan harus ditinggalkan?

wahai si bulan tolong berikan
pungguk memerlukan sebuah jawapan
bukan sekadar alasan
mainan perasaan...Lihat seterusnya..
Oleh: Qushairi Rhys Meyer..

Puisi Untukmu...romantiknye dia..mmm..

Bahagiakah kamu, ketika musim hujan tiba,
kubukakan payung untukmu
kita saksikan titestites air berebut jatuh di ujungujungnya.

Bahagiakah kamu, ketika musim bunga tiba,
... kupetikkan setangkai untukmu
kelopakkelopaknya bertaburan di antara jemari kita.

Bahagiakah kamu, ketika malam tiba,
aku nyalakan api menghangatkanmu
dan kubiarkan kamu bersandar di dadaku.

Bahagiakah kamu, ketika pagi tiba, kubukakan jendela
lalu kita rasakan hembusan angin pagi di antara bungabunga.

Bahagiakah kamu, cincin yang melingkar di jari manismu
itulah simbol cinta untukmu, hanya untukmu, selamanya di situ.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Tanda-tanda Kiamat ... (Dunia Hanya Sementara..Yang kekal hanya ROH )

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang aka...n meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.

8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Mutiara Hidup..

"Bertahajud menyerikan wajah, bersyukur membajai baraqah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah" "Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."..

Pesanan Kalam Lama..

~~SENJAKALA~~ "Bila kita renungi sewaktu mentari akan meninggalkan waktu siang bila senja menyapa, lihatlah betapa indah dan uniqnya warna yang menghiasi dipelabuhan kaki langit dengan warna lembayung. pasti memukau setiap mata yang menatapnya. Subhanallah itulah kesempurnaan yang Allah ciptakan agar kita dapat menikmati akan keindahan yang tiada tandingnya dan agar kita merenung dan untuk berfi...kir. Yaa...masih aku ingat tika masih kecil bila tiba waktu senja ibu akan memanggil dan menyuruh masuk ke rumah, dan lantas aku bertanya kenapa? ibu menjawab "ada hantu syaitan di luar". "Hantu syaitan siapa dorang?" balas aku. " mereka ini jahat suka ganggu kita" menerangkan pada aku. Setelah aku besar baru aku tahu apa yang ibu pernah katakan. Siapa syaitan, rupanya manusia juga ada berhati syaitan...." Dari Jabir r.a katanya: ”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”(HR Muslim) 1.Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam. 2.Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

PUISI

Keangkuhanmu ...

Tidak seperti yang lain lain
yang lahir dari kota ini
tak pernah kukenal
ada ketika hati ini terasa
kita adalah manusia
dalam mencari jawapan
terasa sekali dengan sikapmu
andai aku sesat ke lorongmu
maafkan aku
aku cuma berhenti
melepaskan lelah
bila engkau pun enggan peduli
aku hilang tujuan
mahu mencari jalan pulang
dalam penghidupan ini
dari sini aku belajar
dan memberi kesedaran
kita tidak punya apa apa
kecuali diri kita
pabila sampai ketika
segala galanya berguguran.

Isnin, 3 Oktober 2011

PEDOMAN DIRI DAN AGAMA

MUTIARA NASIHAT LUKMANUL HAKIM
Bagian : 5 ( Lima )


Wahai anakku, tidaklah berakal orang yang tidak mempunyai kesucian, tidak ada kehormatan bagi orang yang tidak berkata benar, tidak dapat dipercaya, orang yang tidak dapat menyimpan rahasia, tidak berilmu orang yang tidak mempunyai gairah, tidak berharta orang yang tidak mempunyai belas kasih, tidak ada kekayaan yang lebih bermanfaat daripada ilmu pengetahuan, tidak ada harta benda yang lebih menguntungkan kecuali hikmah- hikmah, tidak ada keturunan yang lebih luhur kecuali adab sopan-santun, tidak ada kemuliaan yang lebih tinggi daripada ta- qwa, tidak ada teman yang lebih indah daripada akal, tidak ada hal yang gaib yang lebih dekat daripada mati, tidak ada seuatu yang lebih bermanfaat daripada berkata benar, tidak ada bang- kai yang lebih busuk daripada barang haram, tidak ada ibadah yang lebih utama daripada diam, tidak ada kejelekan yang lebih jelek daripada berdusta, tidak ada cobaan yang menimpa seseorang yang lebih berbahaya daripada takabur, tidak ada kesedihan yang lebih membingungkan daripada penyakit dengki, tidak ada cacat yang lebih buruk daripada sifat kikir, dan tidak ada kehinaan yang lebih hina daripada kerakusan.

Wahai anakku, barang siapa yang mau melihat cacat dirinya sendiri, niscaya ia terhindar dari melihat cacat orang lain, barang siapa yang menyembunyikan kesalahannya sendiri, niscaya ia membesar-besarkan kesalahan orang lain, barang siapa merasa cukup dengan rezeki Allah, niscaya tidak mengharap-harap rejeki yang terdapat ditangan orang lain, barang siapa menghunus pedang demi melakukan kejahatan niscaya ia terbunuh dengannya, barang siapa menggali lubang dengan maksud jahat untuk orang lain, niscaya ia akan terjerumus sendiri, barang siapa yang berusaha mencemarkan seorang muslim niscaya terbukalah rahasianya sendiri, barang siapa menyusahkan diri terhadap beberapa urusan nisca- ya ia keliru, barang siapa masuk lobang terlalu dalam, niscaya ia tenggelam, barang siapa yang mengemban sesuatu yang diluar kemampuannya, niscaya ia menjadi lemah, barang siapa yang ujub membanggakan dirinya sendiri, niscaya ia celaka, barang siapa terlalu sombong terhadap orang lain, niscaya ia dihina dina, barang siapa tidak bermusyawarah niscaya ia menyesal, barang siapa tidak mengetes/memeriksa pada setiap urusan, nis- caya ia tertipu, barang siapa menemani para ahli ilmu, niscaya ia menjadi ber- ilmu, barang siapa menemani orang-orang tolol niscaya ia menyesal, barang siapa sedikit bicara, niscaya ia tetap sejahtera, barang siapa yang tunduk kepada keinginan syahwatnya niscaya ia terkena malu, barang siapa mengungkapkan rahasia kepada orang lain yang ti- dak menjadi sahabat karibnya, berarti ia mencelakakan dirinya sendiri, barang siapa minta dibuatkan sesuatu kepada orang yang bukan ahlinya berarti ia telah menyia-nyiakan jasa orang tersebut, barang siapa meninggalkan kezaliman berarti ia telah mengang- kat dirinya pada martabat yang luhur.

Wahai anakku, saya telah memakan makanan yang baik-baik. Tetapi tiada sesuatu yang lebih lezat dari pada kesehatan. Saya telah merasakan kepahitan, tetapi saya tidak menjumpai sesuatu yang lebih pahit dari pada kebutuhan sesorang kepada orang lain, dan Saya telah mengangat batu dan besi, tetapi tidak ada sesuatu yang lebih berat dari pada hutang dan dosa.

Wahai anakku, malapetaka menurut agama ada lima macam:

Raja yang merugikan rakyatnya,

Lelaki yang dirugikan oleh isterinya,

Banyaknya anggota keluarga, tetapi sedikit kekayaanya,

Teman yang baik dihadapanmu, tetapi ia berusaha terus mene- rus untuk menghancurkan kamu,

Tetangga yang jahat menyembunyikan kebaikan-kebaikanmu, dan menyebarluaskan kejelekan-kejelekanmu.

Wahai anakku, tanamlah yang baik niscaya engkau akan meme- tik buah yang melimpah, temanilah orang yang mulia dan jauhi- lah orang-orang yang culas, sebab orang yang baik jiwanya dan mempunyai harga diri, apabila engkau jadikan teman, niscaya bermanfaat bagimu dan apa bila mengetahui rahasiamu niscaya ia akan menutupi rahasiamu. Sedang orang yang berjiwa rendah apa- bila engkau berteman dengannya niscaya ia akan merendahkan ka- mu dan kalau ia telah merasa tidak membutuhkan kamu, niscaya ia akan meninggalkan kamu.