KENANGAN LALU
Telah lama....
ku simpan hasrat ini
kubiarkan masa terus berlalu...,
ditelan hari, bulan malah tahun,
sudah takku ingat lagi usianya
tidak sengaja kubiarkan dia...
kerana perselisihan dan pertelingkahan itu
telah membekas luka yang dalam
tidak pernah kujangkakan ianya berlaku
mengapa manusia suka berdendam,dengki dan iri
malah tidak mahu memahami..
Petang itu...
ku gagahi langkahku
megunjunginya buat kesekian kali
kutemui ibu dan saudara baikku
mereka tetap menyambutku mesra
sejuk hatiku... bagai air mengalir dari gunung biru
Telah lama...,
tidak kulalui pekan kecil dan kampung itu
di situ masih berdiri teguh gunung
bukit-bukit kecil diselimuti kabus beku
serta bangunan baru dan rumah-rumah batu
Dan..lorong itu kulalui semula
redup pepohon tua dan kecil merintangi jalan yang basah
di situ kukenal matahari, bulan bintang dan pelangi...
sawah terhampar, bukit-bukau dan sungai lesu
semua itu telah kulalui dan jalani
Namun..., itu telah lama kutinggalkan bersama kenangan
yang tetapkan subur dalam memori hidup yang fana...
Nukilan: NZK Jun '11
Alor Setar
Ahad, 5 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan