Blogger Backgrounds

" SELAMAT DATANG...Ke Blog ku...,!"

"Hai..mari bersama berkongsi dan mengayakan minda... , "

Ahad, 14 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Assalam..kepada para pengunjung yang sudi melayari blog ini..,

Tidak terlambat agaknya untuk saya mengucapkan "SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK" kpd semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia islam ammnya.

Kedatangan Ramadhan bagi sesetengah orang, merupakan suatu rahmat yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah bulan yang penuh rahmat dimana, sabda Nabi Muhammad saw - " Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat...dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu-pintu neraka dan ditambat para syaitan serta terdapat padanya satu malam yang terbaik daripada seribu bulan".

Ibadah puasa dapat membina sifat takwa kerana ia adalah tujuan akhir ibadah puasa, iaiti darjah kemuliaan dan pangkat t'tinggi yang boleh dicapai oleh seseorang hamba Allah. Mari kita renungkan Firman Allah swt - "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah,ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Peluang menemui Ramadhan hanya sekali dalam setahun. Kita juga tidak pasti sama ada umur kita akan dipanjangkan lagi pada Ramadhan akan datang.
Oleh itu, untuk menjalani ibadah puasa yang sempurna orang2 mukmin antaranya telah membuat persiapan zahir dan batin apabila memasuki bulan-bulan Rejab dan Syaaban. Mereka berpuasa sunat ketika bulan2 berkenaan.Ketika ini wanita-wanita Islam turut mengambil keberkatannya dengan mengkhada'kan puasa mereka pada tahun sebelumnya. Hal ini menjadikan ibadah puasa ketika datangnya Ramadhan lebih mudah dijalani dan di hayati.

Ingatlah kita ketika menentang nafsu fizikal dan batin, misalnya nafsu utk makan dan sebagainya..., ketika ini Ramadhan membuka peluang untuk kita mendapatkan pahala berlipat kali ganda, bagi menebus kesilapan atau dosa-dosa yang lalu.., manakala jalan-jalan melakukan dosa dipersempitkan sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak.

Jumaat, 24 Jun 2011

Mencari bakal pasangan di Syurga (Sambungan)

Sambung kerana draf sudah terpapar lebih awal.

Dengan segera... beliau terpandang sesuatu yang menakjubkan, iaitu gembalaan wanita itu bercampur dengan serigala. Anehnya serigala tersebut tidak menerkan kambing2nya.Wanita tua itu m'percepatkan sembahyangnya kemudiannya berkata, " Baliklah wahai si Zaid, perjanjan kita bukan di sini tetapi diakhirat kelak".
Abd. Wahid menanyakan bagaimana wanita itu mengetahui namanya. Wanita tua itu memberitahu bahawa roh2 adalah seperti tentera2 yang dipadankan dengan mana-mana yang bersesuaian sehngga saling kenal mengenal, mana yang tidak kenal saling berjauhan.Kemudian Abd Wahid meminta beberapa nasihat drpnya.Wanita itu mengatakan " Aku telah mendengar bahawa tiada seorang hamba yang telah dberi sesuatu kurnia perkara dunia, tetapi ia mengharapkan agar diganti dgn yang lain, melainkan Allah akan mencabut kemanisan beribadah kpdNya.Dan ia semakin jauh drp Allh setelah berada dekat denganNya".

CERITA PENGAJARAN - MENCARI PASANGAN DALAM SYURGA

Pada zaman para sahabat dahulu ramai kalangan wali-wali Allah yang sangat zuhud hidupnya. Kisah seorang wali Allah bernama Abdul Wahid bn Zaid berdoa kepada Allah sekiranya ia dtakdirkan masuk syurga,ia ingin diperlihatkan pasangannya itu.
Selama tiga malam ia bermunajat kepada Allah untuk tujuannya itu. Doanya dimakbulkan Allah swt.Suatu malam ia terdengar suara yang memberitahunya, temannya di syurga kelak ialah seorang wanita bernama Mai munah Hitam dari Bani Fulan dan tinggal di Kufah.
Keesokan harinya dengan tidak membuang masa lagi, Abdul Wahid segera berangkat ke Kota Kufah. Di sana ia bertanya-tanya kepada setiap orang ditemuinya tentang Maimunah Hitam dari Bani Fulan. Akhirnya dia diberitahu bahawa wanita itu seorang yang selekeh, gila dan anggapan yang tidak baik.
Kemudian dia diberitahu wanita itu berada di sebelah kuburan di luar pekan itu dan sering dilihat mengembala kambing. Akhirnya ia sampai ke sebuah perkuburan tua dan nampak seorang wanita tua sedang bersembahyang. di hadapannya ada sebuah tongkat. Keadaannya memang kelihatan selekeh. Pakaiannya dibuat daripada kain kasar dan bertampal-tampal. Itulah baju sufi.

DOA SEBAGAI RAWATAN SAKIT ZAHIR DAN BATIN (Sambungan)

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kepada para pembaca dan pelayar blog ini yang sudi singgah di blog kecil saya. Sudah beberapa minggu saya tinggalkan ruangan ini kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Tajuk hari ni adalah sambungan kepada tajuk menghadapi pelbagai penyakit yang di hadapi oleh masyarakat, yang telah dibincangkan lalu.
Sesungguhnya, hidup kita sentiasa diuji. Apabila kita diuji dengan pelbagai masalah seperti sakit,kemalangan,hutang yang berat,ditnggalkan kekasih dan sebagainya, kita haruslah berbanyak sabar,yakin pada diri dan mencari pelbagai cara untuk menanganinya sehingga jaya. Anggaplah semua dugaan itu adalah untuk kita lebih mengenali diri, mendekatkan diri kepada tuhan dan insan-insan yang kita sayangi atau kenali.

Cara-Cara Untuk Mendapat Doa Yang Mustajab
1. Berdoa dengan tekun dan khusyuk
Ubat yang paling mujarab ialah sikap untuk berusaha dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Rasulullah saw. bersabda, drp Abu Hurairah ra:
" Janganlah kamu enggan untuk berdoa. Sesungguh seseorang tidak akan binasa bersama doa."
Hal seperti ini terdapat pada sebuah kitab (al-Zuhud drp Qatadah);
'menceritakan seorang lelaki di tengah laut sedang terapung di lautan pada sebuah papan lalu ia berdoa, "Ya Allah..Ya Allah..". Ia berharap Allah akan menyelamatkan dirinya. Doa seperti ini akan mendapat jawapan drp Allah.

Waktu Untuk Berdoa:
1. Sepertiga terakhir dari malam hari.
2. Waktu azan berkumandang.
3. Di antara azan dan qomat.
4. Selesai sembahyang fardu.
5. Waktu Imam naik mimbarsehingga selesai sembahyang Jumaat.
6. Pada jam-jam terakhir selepas sembahyang Asar.

Elok kiranya diperhatikan adab berdoa:
1. Hati benar-benar berserah dan hadir/bertemu khaliqnya
2. Merendah diri serta tunduk khusyuk padaNya
3. Menhadap kiblat
4. Suci drp hadas dan dalam keadaan berwuduk
5. Dimulai dengan pujian2an kepada Allah dan diakhiri dengan 'Alhamdulillah' dan selawat kepada Nabi .

Doa Yang Makmul- Bersedekah dan Berbuat Baik Sebelum Berdoa

Nabi Muhammad saw bersabda, " Ia telah berdoa kepada Allah dgn namaNya yang agung, pastilah Allah akan mengabulkan permintaannya kalau diminta dengan nama tersebut, iaitu:
" Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepada-Mu dengan segala puji hanyalah bagi-Mu, tiada Tuhan selain engkau yang Maha Pemurah, Pencipta langit dan bumi.Ya Allah Pemilik keagungan dan kemulian, Ya Allah Yang Maha Hidup dan Berdiri S

endiri."

Begitulah adanya,..semoga doa-doa yang kita panjatkan ke hadratNya tetap dimakbulkanNya.

Ahad, 5 Jun 2011

PUISI PESAN IBU

Saban pagi ibu menyisip pesan
pada buku nota dan pena
belajarlah menjadi insan berguna
untuk agama, bangsadan negara

RUANGAN PUISI

KENANGAN LALU


Telah lama....
ku simpan hasrat ini
kubiarkan masa terus berlalu...,
ditelan hari, bulan malah tahun,
sudah takku ingat lagi usianya
tidak sengaja kubiarkan dia...
kerana perselisihan dan pertelingkahan itu
telah membekas luka yang dalam
tidak pernah kujangkakan ianya berlaku
mengapa manusia suka berdendam,dengki dan iri
malah tidak mahu memahami..

Petang itu...
ku gagahi langkahku
megunjunginya buat kesekian kali
kutemui ibu dan saudara baikku
mereka tetap menyambutku mesra
sejuk hatiku... bagai air mengalir dari gunung biru

Telah lama...,
tidak kulalui pekan kecil dan kampung itu
di situ masih berdiri teguh gunung
bukit-bukit kecil diselimuti kabus beku
serta bangunan baru dan rumah-rumah batu

Dan..lorong itu kulalui semula
redup pepohon tua dan kecil merintangi jalan yang basah
di situ kukenal matahari, bulan bintang dan pelangi...
sawah terhampar, bukit-bukau dan sungai lesu
semua itu telah kulalui dan jalani

Namun..., itu telah lama kutinggalkan bersama kenangan
yang tetapkan subur dalam memori hidup yang fana...



Nukilan: NZK Jun '11
Alor Setar

PUISI - MENGGAPAI PELANGI

Menggapai Pelangi


Mengapa resah bimbang
apabila mula melangkah
biarlah rebah mandakap payah
sabarlah menanti di hadapan
dengan tepukan keyakinan

Mengapa resah bimbang
apabila kami mula berlari
biarlah jatuh mencium pengalaman
sabarlah menanti di hadapan
dengan pelukan kasih sayang

Mengapa resah bimbang
apabila kami mula terbang
biarlah patah bertongkat paruh
sabarlah menanti di hadapan
dengan senyum kebangaan

Sabarlah menanti
kami pasti menggapai pelangi.


Nukilan: Sarimah Abu Bakar,
Sg. Petani/2002
Peneraju Zaman