Blogger Backgrounds

" SELAMAT DATANG...Ke Blog ku...,!"

"Hai..mari bersama berkongsi dan mengayakan minda... , "

Jumaat, 16 September 2011

Cinta Abadi,.. Ciinta Hakiki.
.oleh Nooriza Khalid pada pada 02hb Julai 2011 pukul 9.21 ptg.


Cinta....

Cintaku dan cintamu mungkin pernah bertamu

Cintaku mewarna..ungu..,

Cintamu mengalir sungai rindu..

Cinta adalah fenomena

dan ilusi indah..

yang mungkin dapat kau rasa

pada firasat tapi tak dapat kau pegang hakikat

Kerana cintamu jua adalah sumpahan masa

Masa berlalu..cintamu kian jauh menghindar

Biarpun cinta itu.., pernah kau peluk erat

Malah kau kenali setiap sifat.

Namun...,cinta sejati

adalah ciinta yg tulus dan murni

yang mengenal hakikat dan makrifat

yang kian mendekat walau kau jauh beredar

Itulah cinta hakiki ...

Mula dan akhirnya anugerah dari Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan