Blogger Backgrounds

" SELAMAT DATANG...Ke Blog ku...,!"

"Hai..mari bersama berkongsi dan mengayakan minda... , "

Jumaat, 16 September 2011

PELABUHAN ......SENJA (adaptasi dari sebuah novel)

Telah lama....,

lelaki itu dibangku

merenung jauh ke hadapan..

memerhati camar bebas

menghampiri pantai berbatu dan pasir indah

timbul cemburu dalam hatinya

kerana ombak dan pantai... saling menyulam mesra

menghantar buih-buih putiih ke pantai kasiih.

Telah lama ia menyimpan

duka terpahat di dada

walau rindu makin menggunung

namun.., digagahi dirinya

terus membilang pelabuhan demi pelabuhan

jauh.. dan terus jauh. ..dari pelabuhan duka

yang sering dikunjunginya suatu ketika dulu

tidak mampu ia singgah di pelabuhan itu lagi

pada sebuah desa pinggiran pantai permai.

Jauh sudah ...dia mengembara

membawa luka dan rindu berdarah

kasihnya telah lama menghilang bersama seraut wajah

dan mahligai mimpi indah membeku kaku

Lama ...sudah menghambakan diri pada gelora lautan biru

pada masa dan kepahitan itu....

Senja itu..., dia melangkah jua ...

ke pelabuhan kasihnya dulu

kini dia menjejaki lorong dan denai rapuh

bersama kenangan silam...pedih!,

dia pulang setelah menghimpun segala pengalaman asing

kerana di sini....

akhirnya pertemuan dan kesudahan..,

cerita kehidupan insan....

Nukilan: NZK Jun'11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan